LATEST
National

Zi Yu-Noraqilah ke suku akhir, Arif-Haikal tersingkir

Zi Yu-Noraqilah ke suku akhir, Arif-Haikal tersingkir

KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah meneruskan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India, selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Ananya Arun-Anjana Manikandan.

Baca juga: Prestasi 9 Bulan 2026 TNB: Lindungi Pengguna, Kukuh Daya Tahan di Tengah Cabaran Kos Bahan Api Global

Gandingan negara itu yang juga pilihan keenam mempamerkan aksi meyakinkan untuk mencatat kemenangan straight set 21-16, 21-16 sekali gus mengesahkan slot ke kelompok lapan terbaik.

Di suku akhir esok, Zi Yu-Noraqilah bakal berdepan wakil England, Abbygael Harris-Estelle Van Leeuwen dalam misi memburu tempat ke separuh akhir.

Abbygael-Estelle mara ke suku akhir selepas menumpaskan satu lagi wakil tuan rumah, A Neysa Cariappa-Pravandhika Raghavan 21-18, 21-7.

Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Haikal Nazri apabila tersingkir selepas tewas kepada pasangan Indonesia, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin.

Arif-Haikal gagal menyaingi rentak pilihan utama itu apabila tewas 10-21, 10-21 dalam tempoh 28 minit.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news