Pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital, sekali gus mengundang kebimbangan dalam kalangan orang ramai.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di platform media sosial Facebook oleh pentadbir akaun AdminDUKE yang memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan beliau.
Menerusi hantaran berkenaan, satu kenyataan ringkas turut dikongsikan mengenai keadaan pendakwah terbabit.
“Ustaz Kazim masuk ICU, mohon doa semua buat kesihatan beliau. ,” kata hantaran itu.
Sementara itu, menerusi video yang turut dimuat naik, Datuk Mohd Kazim Elias dilihat berada di atas katil hospital sebelum dibawa masuk ke ICU, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengikut dan orang ramai.
Susulan perkembangan itu, ruangan komen hantaran berkenaan dibanjiri doa serta kata-kata semangat daripada orang ramai yang berharap beliau segera diberi kesembuhan.

Artikel lain: Hampir tak kenal! Ustaz Kazim Elias terjebak gaya Old Money bikin netizen dekah
Bagaimanapun, sehingga kini, perincian lanjut mengenai keadaan terkini beliau masih belum diketahui.
Sumber: FB Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias




