“Mohon Sedekah Al-Fatihah” – Nazmi Faiz Kehilangan Puteri Kedua Beberapa Jam Selepas Dilahirkan | Oh! Media

“Mohon Sedekah Al-Fatihah” – Nazmi Faiz Kehilangan Puteri Kedua Beberapa Jam Selepas Dilahirkan | Oh! Media

Pemain bola sepak terkenal, Nazmi Faiz memaklumkan berita duka mengenai pemergian anak keduanya, Maira Maliyqa beberapa jam selepas dilahirkan.

Dalam hantaran sebelum itu, Nazmi mengumumkan bahawa isterinya selamat melahirkan anak perempuan kedua mereka pada pukul 3 pagi.

Anak kritikal di NICU

nazmi faiz

Tetapi bayi tersebut berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Beliau turut memohon doa daripada orang ramai agar puterinya kembali stabil dan membesar dengan sihat.

Bayi kembali ke rahmatullah pada pukul 10.55 pagi

Beberapa jam selepas itu, Nazmi memuat naik perkembangan bahawa puterinya telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.55 pagi.

nazmi faiz

Dalam perkongsian tersebut, Nazmi menulis, “Innalillahiwainnailaihi rojiuun… 10.55am baby Maira Maliyqa Binti Muhammad Nazmi Faiz puteri kedua kami telah kembali ke rahmatullah.”

Nazmi juga memohon orang ramai untuk menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah puterinya.


Scroll to Top