Motosikal hilang di Sedili 18 tahun lalu ditemukan di Segamat

Motosikal hilang di Sedili 18 tahun lalu ditemukan di Segamat

am@hmetro.com.my

Segamat: Sebuah motosikal Honda Wave 100 yang dilaporkan hilang di Sedili, Kota Tinggi, 18 tahun lalu ditemukan di daerah ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, motosikal itu ditemukan oleh anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, jam 2 petang.

“Kami menahan seorang lelaki warga India berusia 38 tahun yang disyaki terbabit dalam kes curi motosikal itu.

“Suspek tidak terbabit dengan mana-mana sindiket namun dipercayai melakukannya secara bersendirian,” katanya.

Menurut beliau, ada kemungkinan nombor pendaftaran dan casis motosikal yang dilaporkan hilang pada 2006 itu diklon.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top