Moyes enggan layan desakan letak jawatan

Moyes enggan layan desakan letak jawatan

Desakan untuk Moyes meletak jawatan semakin memuncak susulan kekalahan terbaru West Ham di tangan Nottingham Forrest. Foto Agensi

DAVID Moyes tidak akan tunduk terhadap sebarang desakan untuknya meletak jawatan susulan kekalahan terbaharu West Ham.

West Ham tewas 0-2 kepada pasukan bawahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Nottingham Forrest semasa kunjungan ke City Ground pada Sabtu.

Lebih malang, The Hammers terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain selepas Kalvin Phillips dilayangkan kad merah pada minit ke-71.

Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut dicatat West Ham sejak dibelasah 0-6 oleh Arsenal minggu lalu dan dijinakkan Machester United 3-0 di Old Trafford awal bulan ini.

Scroll to Top