Jenama makanan haiwan peliharaan MR.VET dan Bite of Wild terus mengukuhkan reputasi di peringkat antarabangsa apabila masing-masing dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori berbeza di Orange Dot Award, anugerah yang mengiktiraf kecemerlangan inovasi dalam industri haiwan peliharaan global.
Pencapaian itu bukan sekadar membuktikan kemampuan kedua-dua jenama menghasilkan produk nutrisi berkualiti tinggi, malah memperlihatkan potensi Asia Tenggara sebagai antara pusat pembangunan makanan haiwan peliharaan yang mampu bersaing di pentas dunia.

Dalam pengiktirafan tersebut, MR.VET membawa pulang anugerah bagi kategori Biotech Innovation, manakala Bite of Wild menerima pengiktirafan dalam kategori Nutrition hasil pembangunan produk yang berteraskan penyelidikan saintifik dan inovasi.
Menurut syarikat itu, kejayaan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan mereka terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan formulasi yang mampu memenuhi keperluan kesihatan haiwan peliharaan secara lebih menyeluruh.
“Pengiktirafan ini membuktikan bahawa produk yang dibangunkan di Asia Tenggara mampu bersaing dan mendapat tempat di pentas antarabangsa.
“Pada masa sama, ia mengukuhkan komitmen kami untuk terus menyediakan penyelesaian nutrisi terbaik kepada haiwan peliharaan,” katanya.
MR.VET tampil dengan pendekatan Precision Healthcare
MR.VET dibangunkan menggunakan konsep Precision Healthcare, iaitu pendekatan yang memfokuskan kepada penyelesaian nutrisi khusus mengikut keperluan kesihatan kucing.
Antara fokus utama formulasi produk itu ialah menyokong kesihatan sistem pencernaan, penjagaan kulit dan bulu, kesihatan saluran urinari serta memenuhi keperluan kucing yang tinggal sepenuhnya di dalam rumah.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kemenangan MR.VET dalam kategori Biotech Innovation ialah penggunaan teknologi freeze-drying, yang membantu mengekalkan kandungan nutrien sensitif yang lazimnya boleh berkurangan ketika proses pemanasan.
Melalui teknologi itu, nilai nutrisi produk dapat dipelihara dengan lebih optimum tanpa menjejaskan kualitinya, sekali gus meningkatkan keberkesanan formulasi yang dihasilkan.
MR.VET turut menawarkan siri T-Series yang direka mengikut keperluan kesihatan tertentu, terdiri daripada T1 – Intestinal Care bagi menyokong kesihatan pencernaan, T2 – Skin & Coat Care untuk penjagaan kulit dan bulu, T3 – Urinary Health bagi kesihatan saluran urinari, serta T4 – Indoor Cat yang diformulasikan khas untuk kucing indoor.
Pendekatan ini memberi pilihan kepada pemilik haiwan peliharaan untuk memilih produk yang bersesuaian dengan keperluan kesihatan kucing mereka.
Bite of Wild berinspirasikan diet semula jadi kucing
Bagi Bite of Wild pula, pembangunan produknya berasaskan konsep pemakanan semula jadi yang mengambil inspirasi daripada diet asal kucing sebagai haiwan karnivor obligat.
Jenama itu diasaskan oleh Steve Bui yang mahu menyediakan makanan berkualiti tinggi untuk haiwan peliharaannya sendiri dengan mengekalkan keseimbangan antara keperluan biologi semula jadi dan piawaian nutrisi moden.
Daripada idea tersebut lahirlah Bite of Wild 42 Series, yang kini menjadi produk utama jenama berkenaan.

Produk itu mengandungi 92 peratus bahan mentah berasaskan haiwan dengan kandungan protein kasar sebanyak 42 peratus. Ia juga dihasilkan tanpa bijirin (grain-free) dan bebas daripada daging khinzir (pork-free).
Formulasi berkenaan menawarkan nutrisi yang padat bagi memenuhi keperluan semula jadi kucing, sekali gus menjadi antara faktor yang melayakkan Bite of Wild menerima pengiktirafan dalam kategori Nutrition.
Permintaan produk premium terus meningkat!
Malaysia dilihat sebagai antara pasaran utama bagi perkembangan industri makanan haiwan peliharaan premium di Asia Tenggara.
Peningkatan jumlah pemilik haiwan peliharaan serta kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan secara pencegahan telah menyumbang kepada permintaan yang lebih tinggi terhadap produk nutrisi berkualiti.
Menurut syarikat itu, pengguna kini semakin teliti dalam menilai kandungan ramuan, sumber bahan mentah dan manfaat kesihatan jangka panjang sebelum membuat pembelian.
Perkembangan itu turut seiring dengan trend global yang menyaksikan haiwan peliharaan semakin dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga, sekali gus mendorong peningkatan perbelanjaan terhadap aspek pemakanan dan penjagaan kesihatan.
Selain itu, semakin ramai pengguna memilih produk premium yang menawarkan formulasi lebih baik serta maklumat ramuan yang lebih telus.
Produk mudah didapati di seluruh negara
Bagi memenuhi keperluan pengguna tempatan, produk MR.VET dan Bite of Wild kini dipasarkan menerusi pelbagai rangkaian peruncitan utama di Malaysia.
Antara peruncit yang menawarkan kedua-dua jenama itu ialah Daco Petsmart, HyperPets, Pet Lovers Centre, Pets Wonderland, Pets Twenty One, Petico Malaysia dan Nimanja yang mempunyai cawangan di Sabah dan Sarawak.
Produk tersebut turut tersedia melalui platform e-dagang termasuk TikTok Shop, Shopee dan Lazada, sekali gus memudahkan pengguna mendapatkan produk nutrisi premium di seluruh negara.
Dalam perancangan akan datang, syarikat berhasrat memperluaskan lagi rangkaian pengedaran di Malaysia selain meningkatkan kerjasama dengan lebih banyak rakan peruncitan.
Pada masa sama, usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemakanan haiwan peliharaan akan terus diperkasakan supaya pemilik dapat membuat pilihan yang lebih tepat berdasarkan keperluan kesihatan haiwan masing-masing.

Syarikat turut merancang memperkenalkan lebih banyak produk inovatif yang dibangunkan berasaskan penyelidikan saintifik bagi memenuhi keperluan pasaran yang semakin berkembang.
“Kami percaya setiap haiwan peliharaan berhak mendapat akses kepada nutrisi berkualiti tinggi. Walaupun pengiktirafan antarabangsa ini amat bermakna, pencapaian terbesar kami adalah kepercayaan yang diberikan oleh pemilik haiwan yang memilih produk kami setiap hari.
“Kami akan terus komited dalam menyediakan penyelesaian nutrisi berasaskan sains yang membantu haiwan peliharaan hidup lebih sihat, bahagia dan lebih lama,” ujarnya.




