Muhasabah: Statistik kehidupan umat Islam Malaysia

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

1. 50 peratus sahaja umat islam di Malaysia memiliki al-Quran di rumah dan hanya 5 peratus membacanya dan 1 peratus lagi membaca tafsirannya.

Advertisement

2. 80 peratus umat Islam memiliki ASTRO Decoder dan hanya 5 peratus menonton ASTRO OASIS.

3. 70 peratus umat Islam tertarik dengan perkara yang membawa kepada ‘Karnival’ atau unsur yang membawa kepada hiburan.

4. 50 peratus menyokong program seperti realiti hiburan, lawak dan rancangan yang seumpamanya.

5. Hanya 10 peratus umat Islam dari satu taman perumahan yang membantu masjid atau surau di sebuah kawasan.

6. Hanya 20 peratus yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama.

7. 80 peratus remaja hari ini tidak tahu atau tidak pandai mengaji.

8. 80 peratus pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang.

9. 95 peratus umat Islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama Islam itu sendiri.

10. 95 peratus wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99 peratus bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada imam sebagai wakil wali.

11. 100 peratus anak-anak Islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda.

12. 50 peratus umat Islam adalah kaki botol dan minum arak.

13. 50 peratus pasangan yang telah berkahwin dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur.

14. 90 peratus cenderung kepada keduniaan dengan ingin memiliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yang banyak.

15. Hanya 30 peratus umat Islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu.

16. 3 peratus umat Islam menunaikan solat Subuh secara berjamaah di masjid atau surau setiap hari.

17. 90 peratus umat Islam tidak ambil tahu mengenai soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang.

18. Hanya 10 peratus umat Islam yang akan membantu saudaranya yang lain terutamanya dalam soal duit.

19. Dan hanya 1 peratus sahaja umat Islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan.

20. 90 peratus umat Islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yang menjuruskan kepada syirik kepada Allah.

Wallahua’alam

FUAD SALLEH – HARAKAHDAILY 19/3/2021