Muka garang bukan sombong! Syatilla Melvin minta jangan segan, tegur jika terserempak

Muka garang bukan sombong! Syatilla Melvin minta jangan segan, tegur jika terserempak

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin, 35, tidak mahu orang ramai berasa segan untuk menegurnya sekiranya terserempak dengannya walaupun sering disalah anggap sebagai seorang yang sombong kerana raut wajahnya yang kelihatan serius.

Menurut pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin itu, dia menyedari wajahnya yang kelihatan keras sering menyebabkan orang ramai membuat tanggapan sedemikian terhadap dirinya.

Bagaimanapun, Syatilla berkata dia tidak mempunyai masalah sekiranya ada yang mahu menegurnya ketika bertemu, termasuk di tempat awam.

“Saya nampak komen tadi, terjumpa saya dekat pusat beli-belah dekat Queensbay tapi muka masam monyok.
“Saya memang ada masalah dengan muka saya yang nampak keras, sombong dan ‘minta kaki’.
“Awak tegur sahaja saya, saya okay saja,” katanya.

Muka garang bukan sombong! Syatilla Melvin minta jangan segan, tegur jika terserempak

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berkongsi pengalaman mereka bertemu dengan aktres berkenaan.

Sumber: Threads samtilla

Scroll to Top