Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh masyarakat berbilang bangsa dan pelbagai latar belakang agama.
Sebagai bukti, di bulan Ramadan ini, ramai individu bukan beragama Islam prihatin dengan rakan-rakan mereka yang sedang menunaikan ibadah puasa.
Ada yang ‘segan’ untuk makan di hadapan rakan-rakan mereka yang beragama Islam kerana menghormati agama masing-masing.
Kadangkala itu, sehingga orang yang berpuasa berasa bersalah seolah-olah menghalang mereka menikmati waktu makan.
Bukan itu sahaja, oleh kerana peraturan ditetapkan di mana orang Islam tidak boleh makan di tempat awam ketika berpuasa, ia turut memberi kesan kepada segelintir masyarakat bukan Islam yang memiliki wajah seperti orang Melayu.
Begitulah seperti kisah yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok @nick_sohide ini ketika dia mengajak rakannya yang bukan beragama Islam keluar membeli barang.
@nick_sohide Si kawan!……
Menerusi video tersebut, kelihatan dia dan rakannya itu sedang duduk di restoran ‘Subway’ setelah selesai membeli barang.
Disebabkan waktu berbuka masih lambat, lelaki itu hanya duduk menemani rakannya yang sudah tidak dapat menahan lapar.
Bagaimanapun, wajah rakannya yang sedang makan itu kelihatan gusar kerana mukanya mirip seperti seorang lelaki Melayu.
Takut jika dirinya disalah anggap tidak berpuasa dan ditangkap oleh pihak berkuasa, dia pun meletakkan kad pengenalan (IC) di atas meja sebagai bukti dirinya bukan beragama Islam agar tiada yang salah faham.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat lelaki berkenaan. Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan kawannya sedang menjawab peperiksaan SPM.








Mungkin risau agaknya, ya lah orang zaman sekarang kan kuat rakam & viralkan sebelum siasat terlebih dahulu.. Akhirnya semua dapat dosa ‘free’ sebab memfitnah.
Sumber: TikTok @nick_sohide




