Pelakon, penyanyi dan pengacara, Harris Alif menempelak tindakan seorang aktor apabila menarik diri di saat-saat akhir pada kejohanan tinju Asia Championship 2025, baru-baru ini.
Kata Harris, tindakan menarik dan menghilang diri pada saat akhir disifatkannya sebagai penakut.
“Mulut sahaja lebih, tetapi penakut.
“Saya akan cari jalan untuk penganjur mengadakan perlawanan tinju secara profesional antara kami,” katanya.
Hadiah lumayan boleh tolong keluarga
Dalam pada itu, Harris menjelaskan, dia menyertai kejohanan tinju ini sebagai langkah awal untuk terus berjinak-jinak dalam sukan tersebut.
Selain itu, dia juga mengakui hadiah yang ditawarkan untuk sukan ini sangat lumayan dan boleh membantu keluarga kecilnya.
“Ini langkah pertama saya untuk sertai secara serius sukan tinju ini. Lagipun hadiah yang ditawarkan juga cukup lumayan.
“Jadi ini juga antara salah satu usaha saya mencari rezeki untuk keluarga,” jelasnya.

Terdahulu, Harris mengambil langkah berani untuk memasuki gelanggang perlawanan tinju bagi menebus maruah dirinya selepas mendakwa seorang aktor telah mengherdik keluarganya.
“Saya pun ada tahap kesabaran juga. Bila saya tegur, adalah berlaku sedikit pergelutan, tetapi kami saling minta maaf selepas isu itu. Tak lama selepas itu, dia buat siaran langsung yang sangat mencalar imej saya.
“Satu dia cerita benda tak betul, paling tak boleh terima dia sentuh mengenai isteri saya. Sebagai ketua keluarga takkan nak duduk diam saja? Demi menebus maruah saya, lebih baik kami selesaikan isu ini dalam ring.
“Saya tengok dalam senarai peserta ada nama dia, jadi sebab itu saya sertai Asia Championship ini,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Aktor Lelaki Didakwa Herdik Isteri, Harris Alif ‘Settle’ Isu Dalam Ring Demi Maruah! – “Saya Tak Boleh Terima Dia Sentuh Keluarga”
Sumber: Utusan




