“Mummy Pernah Buat Silap, Tapi Awak Tetap Setia” – Coretan Nabila Huda Buat Anak Undang Sebak

“Mummy Pernah Buat Silap, Tapi Awak Tetap Setia” – Coretan Nabila Huda Buat Anak Undang Sebak

Pelakon versatil, Nabila Huda menyentuh perasaan ramai selepas memuat naik ucapan istimewa buat puteri tersayang, Keisha Laila sempena ulang tahunnya yang ke-15 tahun pada Ahad lalu.

Menerusi muat naik tersebut, Nabila atau lebih mesra disapa Abil mengakui menangis saat menulis ucapan tersebut menyifatkan Kesha seorang anak yang sangat baik, selain sentiasa bersama di samping ibunya dalam apa jua keadaan.

“Selamat ulang tahun ke-15 Keisha Laila, bestie mummy, baby girl mummy. Tak sangka pula mummy menangis masa tulis ni… Tapi mummy nak semua orang tahu betapa istimewanya awak pada mummy, @lilkupukupu.

“Kita dah lalui macam-macam sama-sama. Mummy jauh dari sempurna. Mummy pernah buat silap, pernah terluka sebab orang lain. Tapi awak… awak sentiasa ada. Setia dengan mummy, tak kira apa jadi,” katanya.

Dalam hantaran sama juga, aktres filem popular Munafik ini turut memaklumkan orang ramai pernah mengkritiknya akan menjadi seorang ibu yang memberi pengaruh buruk, namun keperibadian dan budi bahasa Kesha seolah-olah menepis tohmahan tersebut.

“Dulu orang cakap mummy bukan ibu yang baik. Katanya mummy bagi pengaruh buruk. Tapi tengoklah awak sekarang. Mummy tak pernah pun rasa perlu buktikan apa-apa kat orang sebab awak sendiri dah jadi bukti kasih sayang mummy.

“Awak dah membesar jadi seorang yang cantik luar dalam, hati baik… dan mummy bangga sangat dengan awak.

“Hari istimewa awak ni, mummy tak minta apa-apa cuma doa yang terbaik untuk awak. Semoga awak sentiasa dalam lindungan Allah, diberkati dan dicintai di dunia & akhirat. Selamat hari lahir sayang, mummy sayang awak sangat-sangat,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan selebriti dan netizen sebak membaca luahan hati Abil terhadap Kesha yang menyayat hati itu.

Scroll to Top