Murid Tahun Lima cedera terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah

Murid Tahun Lima cedera terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah

am@hmetro.com.my

Padang Terap: Seorang murid lelaki Tahun Lima cedera selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan sekolah di Padang Terap, di sini, petang tadi.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintenden Mohd Anuar Junoh mengesahkan kejadian itu.

Maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top