Murray menang aksi pertama Wimbledon sejak 2017

Murray menang aksi pertama Wimbledon sejak 2017

LONDON: Juara sebanyak dua kali, Andy Murray memenangi perlawanan perseorangan pertamanya dalam saingan tenis Wimbledon sejak 2017 dengan menewaskan Nokoloz Basilashvili dari Georgia, di sini, semalam.

Murray yang memenangi kejuaraan pada 2013 dan 2016, bergelut dengan kecederaan pinggul dan pangkal paha sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menang 6-4, 6-3, 5-7, 6-3 pada aksi pusingan pertama ke atas pilihan ke-26 itu.

“Satu perlawanan yang sangat sengit, biarpun dalam beberapa bulan ini,” kata Murray yang kini berusia 34 tahun. “Ia bukan kecederaan paling serius tetapi ia mengecewakan kerana tidak dapat berada di gelanggang.

“Saya mempunyai hanya sedikit momentum sejak beberapa tahun kebelakangan ini tetapi tetap terus berada di gim dan cuba untuk bangkit semula.”

Penampilan terakhir Murray dalam saingan individu di Wimbledon adalah empat tahun lalu iaitu ketika tewas di tangan Sam Querrey di suku akhir.

Kecederaan pinggul yang memaksanya melakukan pembedahan, menjadi punca dia berada di ambang persaraan namun terus berazam untuk terus bermain.

“Saya kerap diajukan soalan adakah ia akan menjadi perlawanan terakhir atau penampilan terakhir saya di Wimbledon,” katanya.

“Saya tidak tahu kenapa saya secara berterusan diajukan soalan sebegini. Saya mahu terus bermain. Saya menikmatinya dan saya boleh bermain di tahap tertinggi. Basilashvili berada di ranking ke-28 dunia dan saya menewaskannya.”

Bekas pemain nombor satu yang kini berada di ranking ke-118 dunia, dijadual bertemu sama ada Oscar Otte dari Jerman atau Arthur Rinderknech (Perancis) bagi memburu tempat ke pusingan 32 terbaik.

Keputusan pusingan pertama:

Lelaki –

Novak Djokovic (SRB x1) mn Jack Draper (GBR) 4-6, 6-1, 6-2, 6-2

Kevin Anderson (RSA) mn Marcelo Tomas Barrios Vera (CHI) 6-7 (4/7), 6-4, 6-4, 7-6 (7/4)

Andreas Seppi (ITA) mn João Sousa (POR) 4-6, 6-4, 7-5, 6-2

Denis Kudla (USA) mn Alejandro Davidovich Fokina (ESP x30) 5-7, 4-6, 7-6 (7/4), 6-3, 6-3

Pedro Martínez (ESP) mn Stefano Travaglia (ITA) 6-3, 2-6, 6-4, 6-4

Liam Broady (GBR) mn Marco Cecchinato (ITA) 6-3, 6-4, 6-0

Jiri Vesely (CZE) mn Yannick Hanfmann (GER) 6-1, 7-5, 7-6 (7/5)

Márton Fucsovics (HUN) mn Jannik Sinner (ITA x19) 5-7, 6-3, 7-5, 6-3

Andrey Rublev (RUS x5) mn Federico Del Bonis (ARG) 4-6, 6-4, 6-1, 6-2

Frances Tiafoe (USA) mn Stefanos Tsitsipas (GRE x3) 6-4, 6-4, 6-3

Vasek Pospisil (CAN) mn Roberto Carballes Baena (ESP) 6-3, 6-3, 6-3

Karen Khachanov (RUS x25) mn Mackenzie McDonald (USA) 3-6, 6-3, 6-4, 7-6 (7/3)

Andy Murray (GBR) mn Nikoloz Basilashvili (GEO x24) 6-4, 6-3, 5-7, 6-3

Dominik Koepfer (GER) mn Reilly Opelka (USA x27) 6-4, 7-6 (7/3), 6-2

Miomir Kecmanovic (SRB) mn Facundo Bagnis (ARG) 6-4, 3-6, 6-3, 7-6 (7/1)

Roberto Bautista Agut (ESP x8) mn John Millman (AUS) 6-2, 3-6, 6-3, 7-6 (7/4)

Wanita –

Kristie Ahn (USA) mn Heather Watson (GBR) 2-6, 7-6 (7/3), 8-6

Sloane Stephens (USA) mn Petra Kvitova (CZE x10) 6-3, 6-4

Lauren Davis (USA) mn Jodie Burrage (GBR) 6-2, 6-1

Madison Keys (USA x23) mn Katie Swan (GBR) 6-3, 6-4

Viktorija Golubic (SUI) mn Veronika Kudermetova (RUS x29) 3-6, 6-1, 11-9

Danielle Collins (USA) mn Polona Hercog (SLO) 4-6, 6-3, 6-2

Sofia Kenin (USA x4) mn Wang Xinyu (CHN) 6-4, 6-2

Iga Swiatek (POL x7) mn Su-Wei Hsieh (TPE) 6-4, 6-4

Irina-Camelia Begu (ROM) mn Katie Volynets (USA) 6-4, 7-5

Lesley Kerkhove (NED) mn Svetlana Kuznetsova (RUS) 6-3, 6-3

Garbine Muguruza (ESP x11) mn Fiona Ferro (FRA) 6-0, 6-1

Elena Rybakina (KAZ x18) mn Kristina Mladenovic (FRA) 6-4, 6-0

Ekaterina Alexandrova (RUS x32) mn Laura Siegemund (GER) 6-1, 6-3

María Camila Osorio (COL) mn Anna Kalinskaya (RUS) 1-6, 6-0, 6-4

Katie Boulter (GBR) mn Danielle Lao (USA) 6-7 (6/8), 6-3, 6-4

Aryna Sabalenka (BLR x2) mn Monica Niculescu (ROM) 6-1, 6-4

– AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top