5 disyaki positif dadah ditahan dalam Ops Bersepadu Motosikal di Ipoh

5 disyaki positif dadah ditahan dalam Ops Bersepadu Motosikal di Ipoh

Ipoh: Polis menyita 57 motosikal atas kesalahan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dalam Ops Bersepadu Motosikal yang dijalankan di Jalan Jelapang-Silibin malam tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata sebanyak 306 saman trafik, empat kompaun dan notis JAS telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang dijalankan hampir 12 jam bermula 12 tengah malam.

“Seorang lelaki tempatan turut ditangkap atas kesalahan menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987.

“Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 157 motosikal dan 199 orang berumur antara 14 hingga 45 tahun telah diperiksa.

:Sebahagian besar individu yang diperiksa adalah pelajar sekolah menengah, penuntut institusi awam dan swasta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menahan lima individu disyaki positif dadah jenis methamphetamine, THC dan morfin.

“Polis turut menahan seorang lelaki tempatan disyaki terlibat dengan kes curi motosikal berikutan laporan di Guar Cempedak mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Mohd Alwi berkata operasi berkenaan melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top