myFirst Circle App, peranti selamat untuk kanak-kanak pertama di dunia

myFirst Circle App, peranti selamat untuk kanak-kanak pertama di dunia

Baru-baru ini, myFirst telah melancarkan peranti ekosistem teknologi selamat yang pertama di Malaysia.Teknologi dan pengaruh media sosial dah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita, termasuklah kanak-kanak.

Aplikasi myFirst Circle merupakan alternatif media sosial terbaik kanak-kanak bagi membantu perkembangan sosioemosi mereka dalam era teknologi membangun ini.

Jam pintar myFirst Fone R1s diciptakan khas untuk kanak-kanak meneroka teknologi dan berhubung dengan selamat dengan kawalan dan pengawasan ibu bapa.

Jam pintar ini juga dilengkapi dengan kecanggihan teknologi terkini seperti panggilan suara dan video, mesej teks, pemain muzik, kamera, jam, GPS serta penjejak kecergasan.

Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan pemantauan kadar degupan jantung dan jam tangan myFirst Fone R1s boleh digunakan untuk melatih kanak-kanak untuk menggunakan tatapan yang terdapat pada jam penggera dan peringatan.

Menurut pengasasnya, G-Jay Yong, myFirst ini bukan sahaja dicipta sebagai teknologi selamat pertama buat kanak-kanak tetapi ia juga membantu proses perkembangan mereka melalui pengalaman menggunakan peranti yang inovatif dan menyeronokkan.

Peranti ini mampu melahirkan komuniti yang membesar dengan pendedahan terhadap teknologi selamat sebelum mereka berhadapan dengan dunia teknologi yang lebih mencabar.

Aplikasi myFirst Circle ini merupakan peranti pertama di dunia untuk kanak-kanak dengan menghubungkan aplikasi telefon ibu bapa kepada jam tangan pintar R1s agar ibu bapa dapat memantau pergerakan dan aktiviti anak mereka.

Akses ini hanya terhad kepada kenalan rapat bagi memastikan keselamatan pengguna kanak-kanak.

Selain itu, myFirst juga menawarkan pelbagai pilihan produk seperti myFirst Headphones BC, myFirst Sketch, iaitu buku lakaran digital dan myFirst 3dPen yang membolehkan kanak-kanak mencipta kraf dalam bentuk model 3D.

Produk myFirst Camera juga ada untuk kanak-kanak yang meminati fotografi.

Untuk mendapatkan produk-produk ini, ibu bapa boleh ke cawagan terpilih dengan melayari laman web ini https://my.myfirst.tech/pages/locate-store.