am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: “Saya tak buka akaun media sosial sebab ia banyak toksik dan ‘unhealthy’ (tidak sihat),” kata pelakon popular Nabila Huda, 41, ketika diminta mengulas perkongsiannya yang mahu menjauhkan diri dari orang sekeliling dan media sosial.
Nabila berkata, dia pernah terbaca komen yang penuh dengan kebencian di media sosial membabitkan satu kes yang pernah berlaku sebelum ini.
“Saya berasa takut dengan komen ‘ganas’ yang penuh kebencian macam sudah tiada kasih sayang lagi sesama manusia seolah-olah mereka sudah tahu segala-galanya.
“Saya berasa simpati pada orang yang kena kecam itu yang mungkin kita pun tak tahu dia bersalah atau tidak tapi dengan ahli keluarganya sekali terbabit,” katanya ketika ditemui pada sesi santai media bersama pelakon teater Muzikal Sulalat’Us Salatin 2.0 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini.
Mengulas lanjut, Nabila berkata, dia hanya buka media sosial untuk mempromosikan drama lakonan atau buat ‘content’ bisnes gincu bibirnya.
“Saya tak baca dan tengok kandungan yang dimuat naik orang lain atau cerita gosip artis bercerai dan sebagainya.
“Saya cuma buka akaun media sosial untuk buat ‘content’ sendiri sebab saya menjual gincu bibir,” katanya.
Nabila berkata, dia mengelakkan diri dari media sosial kerana tidak mahu ‘over thinking’ dan mahukan ketenangan.
“Sebab itu saya elak dari baca komen di media sosial sebab saya ‘over thinking’. Saya akan fikirkan masalah orang lain dan selepas itu saya sendiri yang akan ‘stress’ di rumah sebab fikirkan nasib orang yang kena kecam itu.
“Sebenarnya, saya berasa rindu pada zaman surat khabar dahulu di mana kita boleh baca perkara yang positif mengenai perkembangan karier seni dan filem yang bagus untuk ditonton,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




