Nabila Huda Persoal Layanan ‘Double Standard’ – “Kenapa Bila Kita Pakai Comot Terus Kena Judge?”

Nabila Huda Persoal Layanan ‘Double Standard’ – “Kenapa Bila Kita Pakai Comot Terus Kena Judge?”

Pelakon versatile, Nabila Huda tampil meluahkan pandangan peribadinya mengenai layanan ‘double standard’ yang diterimanya ketika berkunjung  ke sebuah restoran mewah.

Kata Abil, dia kadang kala memilih pakaian santai dan ringkas hanya kerana mahu menikmati makanan dan bukannya hadir ke acara berprestij yang memerlukannya mengenakan busana sesuai situasi.

“Kenapa kadang-kadang bila kita pakai comot nak masuk fancy restaurant kena pandang macam kena judge ek? Contoh kadang tu keluar memang pakai tshirt dan  selipar. She Malas lah nak bersiap. Tapi lipstick harus lah kan?

“Cuma watak tu tak cukup dengan look and feel restaurant tu. How to explain ek? Faham kan pandangan macam biar betul dia ni nak makan dekat sini?” luahnya.

Akuinya, dia bukanlah mahukan layanan istimewa sebagai seorang selebriti, sebaliknya mahukan layanan yang sama rata seperti pelanggan lain.

“Macam buat kita tak selesa padahal kita nak makan je. And also ada juga pelanggan lain bagi pandangan macam gelandangan betul kita ni awak,” katanya lagi.

Menerusi hantaran berlainan pula, Nabila atau lebih mesra disapa Abil menegaskan layanan ‘double standard’ yang diterimanya itu membuatkan dia berasa tidak selesa sekali gus mempersoalkan agar masyarakat mengubah persepsi untuk tidak menilai seseorang berdasarkan penampilan semata-mata.

“Dekat sini maksud saya bukan perasan orang kena kenal dan patut dapat layanan special. I don’t care at all about that. Apa yang she kisah, is cuma nak makan.

“Dalam Malaysia bukan hanya pekerja Melayu je kan? Ada pelbagai bangsa pun. Tapi kenapa bila kita comot kena ada first impression macam tu?

“Tak boleh ke kita dilayan sama adil. Tak boleh ke bagi senyuman semanis buah nenas walaupun pakaian tu tak setaraf dengan yang selalu masuk dekat tempat tu. Ini my concern sebenarnya,” jelasnya.

Scroll to Top