Nabila Razali Persoal Ciri-Ciri Manusia Toksik, Minta Tips Dari Netizen ‘Handle’ Golongan Ini – “Apa Korang Kena Buat?”

Nabila Razali Persoal Ciri-Ciri Manusia Toksik, Minta Tips Dari Netizen ‘Handle’ Golongan Ini – “Apa Korang Kena Buat?”

Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mencuri perhatian selepas berkongsi hantaran di platform Threads miliknya.

Menurut pelantun lagu Peluang Kedua itu, dia bertanyakan soalan kepada pengikutnya berkenaan ciri-ciri manusia toksik.

Selain, cara untuk berhadapan dengan golongan ini.

“Apa ciri-ciri manusia toksik? Dan kalau kau orang kena menghadap orang toksik macam ni, macam mana kau orang handle?,” soalnya.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun persoalan yang diajukan ibu anak satu itu menerima pelbagai respons dalam kalangan netizen.

Bahkan, ada yang tampil menjelaskan bahawa golongan ini adalah golongan yang kurang mendapat kasih sayang dari orang-orang sekeliling.

 

Scroll to Top