Nabila rindu Amy, ikatan kasih anak dan bapa takkan putus

Nabila rindu Amy, ikatan kasih anak dan bapa takkan putus

Nabila rindu Amy, ikatan kasih anak dan bapa takkan putus

Dalila Amair

am@hmetro.com.my

Foto Ezairi Shamsudin

Kuala Lumpur: Pelakon, Nabila Huda, 40, sebak mengenangkan kerinduan terhadap bapanya, Datuk Amy Search, 66, dan menganggap apa yang berlaku antara mereka adalah takdir yang perlu diterima.

Terdahulu, Nabila memuat naik hantaran di X memaparkan video dia berpelukan dan mencium Amy bersama keterangan yang ditulis takdir mungkin memisahkan, tetapi ikatan mereka sebagai anak dan bapa tidak akan terputus.

“Saya percaya segala yang berlaku adalah takdir yang sudah tertulis. Saya yakin ramai yang sudah mengetahui situasi kami. Saya terima dengan hati yang terbuka. Namun, rindu itu tetap ada dan sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata.

“Saya reda dengan takdir yang sudah ditentukan. Jika bukan di dunia ini, mungkin kebahagiaan itu menanti kami di alam yang seterusnya,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Telaga Suriram di Pavillion Kuala Lumpur, di sini.

Nabila berkata, apa yang berlaku menyentuh emosinya dan ia tidak berpenghujung sejak dia kecil hingga sekarang.

Bagaimanapun, Nabila tidak menjelaskan apa isu yang berlaku di antara dia dengan bapanya itu.

“Saya ada kehidupan sendiri, begitu juga orang lain. Saya tidak perlu menjelaskan apa yang berlaku dalam hidup saya kepada sesiapa. Saya percaya, jika takdir dan masa memisahkan kita, alam tetap akan menemukan jalan untuk mempertemukan semula walaupun keadaan yang tidak disangka.

“Namun, begitulah kehidupan. Setiap orang ada jalan masing-masing. Kita perlu laluinya dengan tenang dan reda. Jangan terlalu memikirkan apa yang belum pasti. Jika ada rezeki dan masa itu tiba, kita akan dipertemukan kembali,” katanya.

Nabila, dia akui rindu dan menyifatkan pertemuan itu terlerai setelah sekian lama tidak berjumpa.

“Bila sudah lama tidak berjumpa dan berjumpa dalam keadaan tak sengaja. Saya seronok tapi pada masa yang sama saya juga gementar.

“Saya sempat bersalam raya dan meminta maaf kerana tidak sempat berjumpa Aidilfitri lalu. Masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing. Saya bersyukur atas pertemuan ini,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top