Nader tamatkan penantian Portugal

Nader tamatkan penantian Portugal

Tokyo: Keindahan sukan terserlah dengan kejutan, dan kali ini giliran Isaac Nader mencuri tumpuan apabila menghadiahkan Portugal gelaran dunia pertama acara 1,500 meter (m), manakala Katie Moon pula menepati ramalan mempertahankan kejuaraan lompat bergalah buat kali ketiga berturut-turut.

Nader, 24, melakukan larian luar biasa di trek lurus terakhir untuk menafikan impian pelari Britain, Jake Wightman meraih gelaran keduanya.

“Ada yang kata saya takkan capai kejayaan ini, tapi hari ini saya buktikan, saya juara dunia dan atlet pertama Portugal raih emas global dalam 1,500m,” katanya gembira.

Wightman berpuas hati dengan perak selepas tiga tahun dibelenggu kecederaan sejak menjuarai dunia 2022, manakala rakan senegaranya dan juara bertahan, Josh Kerr terpaksa akur apabila tercedera di pertengahan perlumbaan.

Katie, 34, yang kini dianggap hampir mustahil ditandingi, mengekalkan emas dengan catatan terbaik 4.90m, biarpun jauh daripada rekod dunia 5.06m milik Yelena Isinbayeva.

“Semua pingat saya istimewa, tapi yang ini paling bermakna. Bila semakin berusia, cabarannya makin sukar,” kata Katie.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top