Nadzmi Adhwa Menangis Ketika Live Bersama Ardell Aryana, Misi GSF Hampiri Zon Merah

Nadzmi Adhwa Menangis Ketika Live Bersama Ardell Aryana, Misi GSF Hampiri Zon Merah

Pelakon Nadzmi Adhwa gagal menahan sebak apabila diberi kesempatan melakukan sesi siaran langsung bersama isterinya yang juga aktivis kemanusiaan yang terlibat dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF), Ardell Aryana.

Menerusi perkongsian video tular di TikTok, Nadzmi pada mulanya teruja melihat isterinya itu hadir pada sesi live miliknya sebelum kedua-duanya mengambil kesempatan menitipkan pesanan untuk diri masing-masing.

“Nanti apa-apa saya update ya. Sikit lagi ni nak masuk zon merah.

“Berniaga tu baca komen, kesian orang chat tak dibaca. Moga dilimpahkan rezeki untuk awak dan anak-anak.

“Jaga diri baik-baik. Kita sikit lagi nak berjaya ni awak. Inshaa-Allah,” kata Ardell.

Sebak melihat keadaan isteri tercinta, Nadzmi bagaimanapun gagal menahan tangis sambil membalas pesanan dari Ardell.

“Ibu jangan risau kami akan tengok-tengokkan Wan (Ibu Ardell).

“Kuat semangat! Iya, saya baca komen. Awak pun sama semoga dilimpahkan rezeki juga.

“Kita pula disuruhnya jaga diri baik-baik. Awak tu yang jaga diri baik-baik. Saya dekat sini senang je. Awak tu, sikit lagi.. cepat!

“Kau orang semau boleh. Mesti sampai punya. Mesti sampai punya, Inshaa-Allah,” balas Nadzmi.

Dalam pada itu, Nadzmi mengaku rindu akan kehadiran isteri tercinta apatah lagi mengenang situasi yang perlu dihadapi Ardell ketiak di atas kapal termasuklah cara mereka tidur dan mengerjakan solat.

“Rindu, mestilah rindu. Kadang-kadang ni semua design yang dia buat sempat ingatkan minta saya hadiahkan kepada pembeli sementara minat tunggu dia balik sambil buat-buat happy.

“Lepastu, saya ada je link icloud photo. Bila tengok, susahnya dia nak solat dan tidur. Saya pun penat tengok dia,” kongsinya.

 

Scroll to Top