Nafsu Belia karya sulung Nordin Ahmad – Utusan Digital

PADA 23 Mac 1969, Nordin Ahmad memulakan penggambaran filem arahan pertamanya keluaran Studio Filem Cathay Kris, Singapura bertajuk Nafsu Belia.

Filem itu mengisahkan pergolakan jiwa dan perangai muda-mudi yang terpengaruh dengan elemen-elemen negatif dan keruntuhan moral yang benar-benar berlaku dalam masyarakat pada waktu itu.

Antara barisan pelakonnya ialah Tony Kassim, Fatimah Ahmad, Dollah Dagang, Salim Bachik dan Ahmad Nisfu.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 23 Mac 1975
    Malaysia negara Asia Timur pertama mengadakan kerjasama ekonomi dengan Kuwait.
  • 23 Mac 1978
    Dua penembak Ketua Polis Perak, Tan Sri Koo Chong Kong pada 1975 dihukum mati.
  • 23 Mac 1984
    Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim diberi penghormatan menjadi Canselor pertama Universiti Utara Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib, sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]

Scroll to Top