Berita kemalangan tragis yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat Gerik baru-baru meruntun jiwa ramai orang.
BACA: Doktor Kongsi Pengalaman Urus Tragedi Nahas Bas UPSI
Tapi rupa-rupanya, ada lagi cerita yang lebih mengejutkan. Terbaru, polis mengesahkan pemandu bas itu pernah disaman sebanyak 18 kali dan 13 saman itu adalah kerana memandu laju.
Pemandu bas ada 18 saman

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kesemua 18 saman yang dikeluarkan belum diselesaikan lagi.
Jelasnya, selain daripada kesalahan memandu laju, pemandu juga pernah disaman kerana kesalahan kemalangan, tiga kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan satu kesalahan tiada lampu brek ketiga.
Bas ada rekod sebanyak 21 saman

Selain pemandu, pihak polis turut mendapati bas mempunyai rekod sebanyak 21 saman dikeluarkan atas kesalahan trafik.
Bagaimanapun rekod saman ke atas bas terbabit 16 sudah dijatuhkan hukum manakala baki lima saman masih dalam siasatan.
Sementara itu, PDRM menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat kes dari semua sudut termasuk latar belakang pemandu, sejarah kerjaya dan segala rekod lampau yang mungkin terlepas pandang.
Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin untuk membolehkan dakwaan dibuat di mahkamah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




