Nahas penuntut UiTM: Muhammad Ammar Danish stabil

Nahas penuntut UiTM: Muhammad Ammar Danish stabil

zatuliffah@hmetro.com.my

Dungun: Seorang lagi penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungunyang menjadi mangsa dalam kemalangan di hadapan kampus itu di Kampung Sura Hujung, di sini semalam berada dalam stabil.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Prof Dr Sazili Shahibi berkata, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan,20, yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakauanantidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

“Menerusi keterangan pegawai perubatan yang merawat pelajar ini, dia berada dalam keadaan stabil dan tiada kecederaan serius.

“Bagaimanapun, pelajar terbabit yang menerima beberapa jahitan di bahagian badan kini ditempatkan di wad di Hospital Dungun untuk pemantauan sehingga beransur pulih.

“Pelajar itu kini ditemani ibu bapanya yang baru tiba dari Keramat, Kuala Lumpur, sejak 4 pagi tadi,” katanya

Terdahulu, Sazili bersama Rektor UiTM Cawangan Terengganu, Prof Dr Mazidah Puteh menziarahi Muhammad Ammar Danish yang dirawat di Hospital Dungun.

Media sebelum ini melaporkan tiga pelajar UiTM Dungun maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan universiti berkenaan di Kampung Sura Hujung di sini semalam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top