Naim Daniel kecewa dihina netizen – “Hanya kerana berpesan jangan melampau memboikot”

Naim Daniel kecewa dihina netizen – “Hanya kerana berpesan jangan melampau memboikot”

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel kecewa apabila terima ugutan serta kata-kata kesat daripada netizen gara-gara memberi nasihat berkaitan gerakan blockout2024, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin di laman Instagramnya, dia menegaskan tidak pernah lupa kesengsaraan yang dialami oleh saudara Islam di Palestine.

Ujar penyanyi yang berusia 27 tahun itu lagi, dia tidak pernah bekerjasama atau menerima sebarang tajaan daripada mana-mana jenama boikot.

Naim Daniel kecewa

Artikel lain: “Suruh boikot atas nama Islam, tapi kau jatuh hukum & hina orang..” – Naim Daniel

“Jika ini adalah sebahagian daripada cara untuk #blockout2024 maka terangkan kepada saya, apakah diHALALkan untuk mengugut, menghina, memfitnah, mencaci maki tanpa usul periksa ATAS NAMA BOIKOT?

“Alhamdulillah, saya dibesarkan dalam keluarga yang penyayang, menerapkan nilai-nilai Islam dan empati sesama manusia, hubungan sesama alam juga manusia.

“Saya dididik penuh hikmah dan sopan oleh kedua orang tua saya yang juga beragama Islam, saya tidak pernah menidakkan kesengsaraan mahupun kezaliman saudara mara sedarah seagama di Palestine sana.

“Malah saya juga tidak pernah menerima sebarang bentuk tajaan barangan mewah dari jenama yang menyokong rejim laknatullah,” katanya.

Naim Daniel kecewa

Pelantun lagu Sumpah itu beranggapan orang ramai tidak perlu melemparkan kata-kata negatif kepada seseorang yang tidak mempunyai kaitan dengan usaha boikot.

“Hanya kerana saya berpesan supaya jangan melampau dalam memboikot, sehingga perlu menghina perkara yang tidak ada kena mengena dengan perkara yang diboikotkan.
“Saya berpesan supaya tidak bersifat “Ghuluw” atau melampau sehingga mampu mewujudkan cabang dosa dalam masa kita cuba melakukan sesuatu atas nama kebaikan.
“Jadi, terangkan kepada saya, apakah ini semua, yang baru dalam berapa dalam ribuan komentar yang saya dapat dalam masa dua hari ini, adalah halal atas dasar “boikot”? Soalnya.

Terdahulu, Naim Daniel teruk dikecam ramai gara-gara hantarannya menegur segelintir individu yang melakukan gerakan ‘blockout2024’ sehingga menghina dan menjatuhkan hukuman sesuka hati.

Naim Daniel

Sumber: Instagram @Naim Daniel