“Nak bersuara, tiada masalah tapi jangan tuduh tanpa bukti!”- Mat Sabu minta peguam hantar notis tuntutan

“Nak bersuara, tiada masalah tapi jangan tuduh tanpa bukti!”- Mat Sabu minta peguam hantar notis tuntutan

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa membuat sangkaan jahat terhadap beliau berhubung isu kelewatan pembekalan baja di Kedah.

Mohamad berkata, beliau sudah meminta peguamnya menghantar surat tuntutan kepada pemilik akaun berkenaan serta beberapa pemilik akaun lain yang dikenal pasti melakukan perkara sama.

“Nak bersuara, tak ada masalah. Tapi kalau dah sampai menuduh tanpa bukti, buat sangkaan jahat, itu dah cerita lain.
“Saya dah minta peguam hantar notis tuntutan kepada pemilik akaun berkenaan serta pemilik akaun-akaun lain yang dikenal pasti membuat perkara sama,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

“Nak bersuara, tiada masalah tapi jangan tuduh tanpa bukti!”- Mat Sabu minta peguam hantar notis tuntutan

Beliau berkata, media sosial sememangnya menyediakan ruang untuk masyarakat menzahirkan pendapat, namun setiap kenyataan perlu dibuat secara bertanggungjawab.

“Media sosial memberi ruang untuk bersuara, tetapi setiap kenyataan tetap datang dengan tanggungjawab,” ujarnya.

Tindakan itu dipercayai susulan hantaran pemilik akaun media sosial yang menyentuh isu kelewatan pembekalan baja kepada pesawah di Kedah.

Pada 7 September lalu , Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sudah membuka kertas siasatan berhubung kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di negeri itu.

SPRM Kedah menerima aduan daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia pada 26 Ogos lalu sebelum satu kertas siasatan dibuka.

Siasatan dijalankan bukan sahaja bagi melihat aspek jenayah, malah turut meliputi sebarang kelemahan tatakelola yang mungkin berlaku sehingga menyebabkan kelewatan pengagihan bekalan berkenaan.

Sumber: FB Mohamad Sabu

Scroll to Top