“Nak jadi anak Mahsuri boleh?”- Izara Aishah idam berlakon bersama Maya Karin

“Nak jadi anak Mahsuri boleh?”- Izara Aishah idam berlakon bersama Maya Karin

Sebelum ini, pelakon Maya Karin meluahkan hasratnya untuk melakonkan watak lagenda Mahsuri tetapi di bawah arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Susulan itu, Maya atau nama sebenarnya mendapat sehingga mendapat perhatian pengarah berusia 38 tahun itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Terbaharu, ciapan yang dimuat naik oleh aktres berusia 43 tahun itu bukan sahaja mendapat perhatian warganet, malah pelakon jelita Izara Aishah.

Izara Aishah bertanya kepada Maya Karin sama ada lagenda Mahsuri itu mempunyai anak atau tidak kerana dia mahu memegang watak tersebut.

“Mahsuri ada anak tak? Nak jadi anak boleh? Tiberrr,”tulisnya.

Hasrat Izara itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana terdapat warganet berpendapat pelakon itu boleh memegang watak keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Wan Aishah memandangkan lagenda itu memiliki anak lelaki.

Pun begitu, ada yang sempat berseloroh dengan mengatakan Izara boleh membawa watak sebagai bayi yang dibawa lari oleh suami Mahsuri iaitu Wan Darus ke Thailand.

Sumber: Twitter @IzaraAishah , @maya_karin

Scroll to Top