Baru-baru ini, pasangan selebriti popular Nur Fazura dan Fattah Amin memuat naik gambar anak mereka, Nur Fatima Aisya yang mengalami demam di laman Instagram sehingga mengundang keprihatinan ramai.
Gambar tersebut memaparkan bayi berusia tujuh tahun itu sedang nyenyak tidur selain turut diletakkan pelekat penyejuk demam di dahinya.
“Syafakillah Fatima sayang.. nak beralih bulan dan tambah gigi lagi mungkin. Sayang manja mommy daddy,” tulis kapsyen posting berkenaan.
Menerusi ruangan komen, dapat dilihat ratusan warganet prihatin terhadap Fatima dengan mendoakan supaya kembali pulih seperti biasa serta sempat memuji kecomelan bayi tersebut.
Pasangan yang membintangi drama Hero Seorang Cinderella itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Fatima pada 2 Oktober lalu.
Sumber: Instagram Fattah Fazura