Nak tahu bagaimana vakum dihasilkan? Jom usha vakum kilang PerySmith, dijamin berkualiti tinggi!

Nak tahu bagaimana vakum dihasilkan? Jom usha vakum kilang PerySmith, dijamin berkualiti tinggi!

Setiap produk, daripada reka bentuk dan pembangunan kepada kawalan kualiti akan melalui proses yang teliti oleh pasukan profesional untuk memastikan produk memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan tertentu. 

PerySmith telah ditubuhkan pada 2018 dimana ibu pejabatnya kini terletak di China yang bertanggungjawab untuk reka bentuk produk, kawalan kualiti dan pembangunan produk. Sebelum produk PerySmith dijual kepada pelanggan, mereka menjalani ujian profesional, pemeriksaan dan pengesahan.

Pada 2021, PerySmith telah menubuhkan ibu pejabat Asia Tenggara yang terletak di Malaysia. Hal ini akan memudahkan pelanggan dalam membeli aksesori produk dan khidmat pelanggan serta memberikan perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik.

Untuk pengetahuan semua, PerySmith akan mengendalikan segala-galanya daripada pengeluaran hingga jualan sebagai jenama mereka sendiri. Pada masa ini, mereka mempunyai enam kedai utama di Malaysia dan telah menghapuskan isu komisen tinggi yang dikenakan oleh pengedar bagi membolehkan pelanggan mendapatkan terus produk berkualiti tinggi pada harga kilang.

Semua produk akan disertakan jaminan sekurang-kurangnya dua tahun malah, alat ganti dan aksesori turut tersedia untuk dibeli.

Pernah dicalonkan sebagai jenama perkakas rumah nombor satu selama dua tahun berturut-turut, terdapat beberapa faktor PerySmith terus mendapat kepercayaan pengguna.

Antaranya ialah, reka bentuk produk yang menarik, perkhidmatan selepas jualan, harga mampu milik, sentiasa mendapat penilaian lima bintang daripada pelanggan, reputasi yang baik dan jaminan kualiti produk.

Kini, PerySmith telah melancarkan model terbaharu vakum model XP6 mereka yang telah dinaiktaraf serba canggih pada 29 Mei ini menerusi platform Shopee vakum ini disertakan dengan waranti selama 5 tahun.

Memperkenalkan reka bentuk serba baharu, pembersih vakum XP6 ini ultra ringan tanpa wayar yang dikuasakan oleh motor tahan lama tanpa berus 500w serta menggunakan teknologi penapisan teras xtreme yang memberikan sedutan kuat sehingga 32,000pa untuk memerangkap zarah halus sekecil 0.25 mikron.

Secara tidak langsung, ia akan memberikan anda satu pengalaman yang menakjubkan dengan kualiti vakum lebih tinggi.

Dilengkapi dengan paparan LED interaktif, ia berfungsi mengemas kini tahap bateri dalam masa sebenar dan menunjukkan mod kelajuan yang dipilih.

Bukan itu sahaja, ia dikuasakan oleh bateri li-ion boleh tanggal 25.9v 7-sel besar TENPOWER™ baharu dengan teknologi POWER CARE untuk meningkatkan penggunaan bateri sehingga 60 minit.

Sistem penapisan teras berfungsi memerangkap kotoran halus sehingga 99.97% yang berupaya memberikan udara bersih kepada pengguna.

Selain itu juga, anda akan mendapat kepala hama habuk, mop penyental, kaki vakum penjahit, berus lantai anti statik dengan lampu LED, sash nozzle. multi-crevice tools, bateri, wall docking, tiub aluminium dan motor.

Ha berbaloi kan? Bagi mereka yang ingin membeli, anda boleh dapatkannya pada hari pelancaran produk iaitu 29 Mei ini menerusi kedai Shopee rasmi PerySmith!

Menariknya, anda boleh mendapatkan harga pakej RM799 yang membawa diskaun sehingga 40%! Memang tawaran yang menakjubkan! Cepat rebut peluang ini dan buat pembelian anda!

Jom layari Shopee: https://bit.ly/41Y17Dr, Website: https://perysmith.com.my/product/perysmith-xp6-vacuum-cleaner/ dan Lazada: https://bit.ly/3opwitB