Nama tiada dalam sistem, gelaran ‘Datuk’ suami Eina Azman & Fauziah Gous pula didakwa palsu?

Nama tiada dalam sistem, gelaran ‘Datuk’ suami Eina Azman & Fauziah Gous pula didakwa palsu?

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, panas isu pembelian  gelaran ‘Datuk’ palsu oleh segelintir individu termasuklah suami kepada selebriti Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Ia dikatakan ‘palsu’ selepas membuat semakan dan mendapati nama suami Heliza Helmi tiada dalam sebuah sistem istiadat rasmi. Sehingga kini, pihak media masih gagal mendapatkan sebarang kenyataan daripada pihak Heliza mengenai perkara tersebut.

Penularan khabar itu dilihat sebagai perkara kebiasaan dan tidak perlu dibesarkan kerana ia adalah normal jika seseorang itu ‘tabur’ duit bagi mendapatkan sesuatu pangkat.

Tetapi, biarlah gelaran yang dibeli itu diiktiraf dan bukanlah ‘scam’ membuatkan nama mereka tiada dalam senarai rasmi seperti dikatakan oleh individu dikenali Aliff Ahmad menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

“Aku sebenarnya tak kisah pun pasal Dato-Dato ini. Kawan pun ramai Dato. Ada yang beli, ada yang free, Tapi, semua ada dalam Istiadat.Beli ke free, ada dalam Istiadat kira steady-lah!
“Macam aku pernah cerita dulu, aku lagi respect orang yang beli. Kalau beli, bukti dia ada duit. Dapat free, takda duit punya Dato. Itu stand aku, Sebab tu aky tak ada Dato. Aku tak mampu beli.”luah Aliff.

Apa yang membuatkan dirinya tertanya adalah ‘citarasa’ segelintir selebriti yang lebih ke arah memilih pasangan memiliki gelaran Darjah Kebesaran seperti Datuk.

Persoalan itu timbul selepas membuat semakan ke atas gelaran “Datuk” yang disandang oleh teman hidup dua pelakon cantik iaitu Eina Azman dan Fouziah Ghous apabila diminta oleh rakan-rakan.

Mana tidaknya, hasil semakan di satu-satunya portal rasmi Darjah Kebesaran iaitu Istiadat mendapati nama Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah (suami Eina Azman) dan Datuk Zhafran Md Yusof (suami Fouziah Ghous) tiada.

“Aku tak tahulah sama ada mereka yang kena scam (tipu) dengan scammer jual gelaran Datuk atau kita yang ditipu. Bagaimanapun, aku dah semak dan tiada. Kalau korang semak ada, beritahulah aku,”tulisnya.

 

Pendedahan itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana rata-rata terhibur dan ‘suka’ apabila lebih ramai individu dikatakan menggunakan gelaran “Datuk” scam.

Sumber: Facebook (Aliff Ahmad), Instagram @eina_azman & @fouziahghous