NARA at Shorea Park milik OSK Property mencatat skor QLASSIC sebanyak 84 peratus ketika pembangunan kediaman itu menghampiri siap sepenuhnya menjelang akhir 2026.Ketua Pegawai Eksekutif OSK Property, Chu Wai Lune berkata, pencapaian itu mencerminkan penekanan yang diberikan terhadap aspek kualiti sepanjang pembangunan berkenaan.”Bagi pembeli rumah, kualiti merupakan sesuatu yang akhirnya perlu dilihat dan dirasai pada kediaman yang mereka terima.”Skor QLASSIC sebanyak 84 peratus bagi NARA memberikan kami keyakinan tambahan bahawa mutu kerja yang disiapkan menepati piawaian yang kami tetapkan untuk pembangunan ini,” katanya dalam satu kenyataan.QLASSIC atau Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan merupakan penilaian industri yang mengukur kualiti mutu kerja bagi bangunan yang telah siap berdasarkan piawaian pembinaan yang ditetapkan.Bagi pembeli rumah, skor berkenaan memberikan satu lagi ukuran keyakinan terhadap kualiti kediaman yang bakal diterima, terutama bagi mereka yang mencari rumah yang hampir siap.Dengan unit yang masih terhad untuk dijual, NARA at Shorea Park turut menawarkan pakej jualan menarik bagi unit terpilih.Direka untuk memenuhi keperluan isi rumah berbeza, NARA menawarkan susun atur daripada 1+1 hingga empat bilik tidur, dengan keluasan binaan antara 560 kaki persegi hingga 1,055 kaki persegi serta konfigurasi dua hingga empat bilik tidur dengan harga bermula daripada RM420,000.NARA at Shorea Park merupakan fasa kediaman ketiga OSK Shorea Park di Puchong, selepas MIRA dan ANYA yang kedua-duanya telah habis dijual.Sambutan kukuh terhadap kedua-dua fasa terdahulu mencerminkan keyakinan berterusan pembeli rumah terhadap OSK Shorea Park.Meneruskan kejayaan MIRA dan ANYA, NARA at Shorea Park membawa satu lagi dimensi kepada pembangunan itu menerusi lokasinya yang bersebelahan Central Park seluas satu ekar milik OSK Shorea Park.Kedudukan berkenaan menjadi inspirasi kepada konsep “Living by the Park”, dengan kehijauan landskap hanya beberapa langkah dari kediaman.Persekitaran itu membolehkan penghuni menikmati aktiviti seperti berjalan pada waktu pagi, aktiviti luar, masa bersama keluarga serta detik santai dalam kehidupan seharian.Chu Wai Lune berkata, NARA at Shorea Park turut mengukuhkan hubungan kediaman dengan ruang hijau di sekitarnya.”Meneruskan kejayaan MIRA dan ANYA, NARA at Shorea Park membawa satu lagi dimensi kepada OSK Shorea Park menerusi hubungannya yang dekat dengan Central Park sekali gus mewujudkan persekitaran kehidupan yang menjadikan kehijauan sebahagian daripada kehidupan seharian.”NARA at Shorea Park menawarkan kemudahan kepada pembeli untuk memiliki kediaman yang tidak lama lagi sedia untuk didiami tanpa tempoh menunggu yang panjang seperti pembangunan yang masih berada pada peringkat awal pembinaan.Pembeli rumah yang berminat digalakkan mengunjungi Galeri Jualan OSK Shorea Park untuk mengetahui unit yang masih tersedia serta pakej jualan semasa yang ditawarkan bagi NARA at Shorea Park.
Nara at Shorea Park catat skor QLASSIC sebanyak 84 peratus