Nash Selamat Jalani Pembedahan Jantung – “Doktor Masukkan Satu Stent Untuk Buka Arteri Koronari Tersumbat”

Nash Selamat Jalani Pembedahan Jantung – “Doktor Masukkan Satu Stent Untuk Buka Arteri Koronari Tersumbat”

Selepas tular laporan dikejarkan ke hospital pada Isnin, penyanyi popular, Datuk Nash kini dikhabarkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan jantung di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor.

Memetik laporan Harian Metro, berita itu dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Presiden Music Malaysia yang juga Presiden IRAMA Entertainment Komuniti Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abdul Majid.

“Assalamualaikum… Mohon doa semua untuk Datuk Nash agar segera sembuh selepas pembedahan jantung petang ini. Semoga dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik,” katanya.

Katanya lagi, dia telah dihubungi oleh anak lelaki penyanyi itu, Shameer yang memaklumkan ayahnya telah terkena serangan jantung ketika berada di kediaman mereka sebelum dikejarkan ke hospital.

Menurutnya, 80 peratus jantung penyanyi itu tersumbat dan perlu segera menjalani pembedahan.

“Shameer beritahu ayahnya kena serangan jantung semasa berada di rumah dan segera dikejarkan ke hospital.

“Doktor mendapati 80 peratus jantungnya tersumbat dan segera buat pembedahan. Mereka masukkan satu stent untuk membuka arteri koronari yang tersumbat.

“Alhamdulillah keadaannya stabil dan kini perlu berehat,” jelasnya.

 

Sumber: Harian Metro, Melodi

Scroll to Top