Isu makanan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang didakwa terpaksa dibuang disebabkan murid ‘picky eater’ mencetuskan pelbagai reaksi.
Turut memberikan pandangan mengenai isu ini adalah pelakon, Shakilla Khoriri.
“Tak semua budak makan nasi lemak cikgu”
Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, Shakilla memuat naik semula laporan mengenai guru yang sedih apabila menu ayam habis dimakan, namun nasi lemak dibuang ke dalam tong sampah.
Menurut Shakilla, tidak semua kanak-kanak menggemari nasi lemak, apatah lagi jika ia dihidangkan pada waktu pagi.
Tambahnya, situasi dahulu mungkin berbeza dan nasi lemak biasanya menjadi kesukaan orang dewasa.
Dalam masa sama, Shakilla turut mencadangkan supaya pihak terlibat cuba mengkaji semula makanan yang lebih dekat dengan selera kanak-kanak zaman sekarang.
Cuba kaji mostly anak-anak sekarang makan apa. Nasi goreng butter telur ada ayam sikit atau macaroni telur ayam sikit….siapp ! Adoii lah.
Perkongsian itu dilihat sebagai pandangan terhadap isu pemakanan murid, khususnya bagi memastikan makanan yang disediakan benar-benar dimakan dan tidak berlaku pembaziran.
Pssttt! Isu makanan RMT ini wajar dilihat dari pelbagai sudut, sama ada dari aspek pemilihan menu, selera murid, kos penyediaan makanan dan juga keperluan nutrisi harian kanak-kanak. Apa pun, perbincangan seperti ini diharap dapat membuka ruang kepada penambahbaikan yang lebih sesuai, supaya makanan yang disediakan benar-benar memberi manfaat kepada murid dan dalam masa sama mengelakkan pembaziran.
Kredit: Instagram Shakilla Khoriri
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.



