Nazmi calon pengadil Malaysia ke Piala Dunia

Nazmi calon pengadil Malaysia ke Piala Dunia

Nazmi dipilih untuk menyertai kursus calon pengadil utama Piala Dunia yang bakal diadakan bermula 25 hingga 29 Februari di Qatar. Foto FAM

PENGADIL dari Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin hanya selangkah lagi untuk mencipta sejarah apabila terpilih sebagai salah seorang calon pengadil utama bagi Piala Dunia 2026.

Ia selepas Nazmi dan dua lagi pembantu pengadil iaitu Zairul Khalil Tan dan Arif Shamil Abd Rasid menampilkan prestasi cemerlang di Piala Asia baru-baru ini sehingga mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Nazmi telah dipilih untuk menyertai kursus calon pengadil utama Piala Dunia yang bakal diadakan bermula 25 hingga 29 Februari di Qatar.

Beliau juga akan terus diuji melalui beberapa siri kursus anjuran FIFA dan AFC, termasuk perlawanan-perlawanan anjuran FIFA dan AFC sebagai syarat pemilihan secara merit ke Piala Dunia 2026.

Scroll to Top