Neelofa lancar minuman detoks, dah sediakan ‘senjata’ kalau kena kecam

Neelofa lancar minuman detoks, dah sediakan ‘senjata’ kalau kena kecam

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa melancarkan produk terbaharu iaitu minuman detoks yang membantu menyingkirkan toksin daripada badan.

Menurut laporan Media Hiburan, selebriti berusia 33 tahun itu berkata, dia berpuas hati dengan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan oleh pakar sebelum ini.

“Bagi saya kita berada di dalam sebuah negara majmuk yang secara langsung ia turut diterjemahkan menerusi kepelbagaian makanannya.
“Namun saya percaya kita sedia maklum ada di antara menu yang kita ambil itu ada yang bergoreng, berlemak, berminyak dan sebagainya.
“Jadi secara tak langsung akan timbul masalah pencernaan bagi kebanyakan orang. Sebelum ini saya ada keluarkan minuman botani dan daripada situ ia dilihat membantu ramai daripada segi melawaskan, kemudian timbul idea untuk fokuskan kepada detoks.
“Sudah semestinya saya merasakan akan ada permintaan yang tinggi untuk minuman seumpama ini…
“…dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk melancarkannya,” katanya ketika ditemui Media Hiburan baru-baru ini.

Neelofa berkata, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pakar demi menghasilkan produk berkualiti dimana menerima ‘sample’ produk ketika sedang hamil anak pertama.

“Cuma pada peringkat tersebut saya memang mahu melakukan pebagai kajian dan rujukan demi memastikan produk yang dihasilkan itu adalah yang terbaik dan tidak boleh diragui.
“Lalu saya beritahu ‘team’, nak hasilkan sesuatu yang betul-betul selamat, tiada risiko untuk orang ‘cari pasal’ dengan kandungannya.
“Bila betul-betul puas hati barulah saya yakin untuk lancarkan. Sebab itulah daripada proses penghasilannya, ia ambil masa hampir setahun,” ujarnya.

Difahamkan, bekas pengacara MeleTOP itu akan memberi fokus kerjasama jualan bersama pemborong terpilih sahaja.

Sementara itu, Neelofa juga mengakui bersedia dengan sebarang maklum balas orang ramai termasuk kritikan walaupun produk yang dihasilkan sudah melalui pelbagai proses R&D.

“Sebab itulah pada majlis pelancaran ini, kita jemput juga wakil daripada pakar dalam bidang masing-masing untuk memberikan penerangan mengenai produk ini.
“Saya sudah sediakan semua ‘senjata’, sebelum ada pihak yang ‘serang’. Persediaan 360 darjah kata orang.
“Malah pihak saya turut melantik pakar untuk sama-sama kongsi informasi atau beri penjelasan kepada mereka yang masih belum jelas dengan produk ini di kemudian hari,” katanya lagi.

Sumber: Media Hiburan , Instagram Neelofa