Adira selamat melahirkan bayi lelaki

Adira selamat melahirkan bayi lelaki

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Adira Suhaimi selamat melahirkan bayi lelaki yang juga anak keempatnya, sekitar pukul 1 tengah hari tadi.

Penyanyi lagu Ombak Rindu itu melahirkan bayi seberat 3.5 kilogram menerusi kaedah pembedahan di Hospital Sungai Buloh.

Berita gembira itu dikongsi Adira menerusi Instagram, petang tadi.

“Assalamualaikum… Alhamdulillah syukur. Ami dan baby selamat. 29.9.2022,” tulisnya.

Adira mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Angrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.