Negara kurang tenaga pekerja, penalti kepada majikan RM50,000 kekal – Utusan Digital

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

PETALING JAYA : Kerajaan tidak bercadang untuk meningkatkan jumlah penalti kepada Majikan yang gagal mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, ini kerana negara masalah kekurangan tenaga pekerja sekaligus memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Buat masa ini, kita kenakan denda sebanyak RM50,000 apabila mana-mana syarikat tidak mematuhi dan 50,000 ini adalah untuk setiap pekerja. Ia bukan satu pendekatan yang baik memandangkan negara menghadapi krisis ekonomi dan banyak syarikat-syarikat telah mengalami masalah, bukan sahaja kegawatan ekonomi, tambahan pula kekurangan tenaga kerja.

“Kalau saya lihat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama, jumlah pekerja asing yang mencarum dari di bawah PERKESO adalah 1.8 juta, dan hari ini dalam masa setahun, jumlah itu menurun daripada 1.8 juta kepada 1.1 juta, dimana negara betul-betul menghadapi krisis dan kekurangan tenaga kerja,” katanya bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) meminta kerajaan menjelaskan adakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan jumlah penalti kepada majikan yang gagal mematuhi akta 446 kerana masalah ini sentiasa berterusan dan dilihat tidak ada penyelesaian.

HABIS