Negeri Sembilan FC ikat Kedah

Negeri Sembilan FC ikat Kedah

sukan@hmetro.com.my.

Alor Setar: Negeri Sembilan FC (NSFC) berjaya mengikat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan keputusan 2-2

pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman petang tadi.

Selepas tiga kali berturut-turut keciciran mata, akhirnya skuad Jang yang dibimbing oleh ketua jurulatih baharunya Nanta Kumar kembali bangkit membawa pulang satu mata.

Kedah dikejutkan dengan gol pembukaan oleh NSFC melalui tandukan cantik oleh Jaque Faye hasil dari sepakan sudut yang diambil oleh Takumi Sasaki.

Bermula babak kedua Kedah melakukan pertukaran drastik dengan mengeluarkan penyerang utama Milos Gordic dan menggantikan pemain lincah Fayadh Zulkifli bagi menguatkan lagi jentera serangan.

Kedah terus mengasak kubu NSFC melalui beberapa percubaan dan akhirnya memecah kebuntuan dan menyamakan kedudukan melalui kapten pasukan Sony Norde yang pada minit ke-52.

Dengan motivasi gol penyamaan yang diperolehi itu, skuad kendalian Nafuzi Zain meneruskan rentak serangan dengan menghasilkan gol kedua pada minit ke-61 melalui tandukan bek tengah Jose Cleylton yang menerima hantaran daripada Norde.

NSFC cuba bangkit dengan serangan balas dan berjaya menambah gol penyamaan melalui Faye pada minit ke-78 hasil hantaran Hein Htet Aun.

Kedudukan 2-2 itu kekal hingga ke hujung perlawanan selepas wisel ditiupkan oleh Mohamad Kamil Zakaria Ismail selaku pengadil perlawanan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top