Pelakon popular, Nelydia Senrose kembali menjadi bualan hangat di media sosial apabila satu video memperlihatkan dirinya memeluk tangan pelakon Hariz Hamdan dalam sebuah kereta kabel (cable car) tular.
Menerusi Tiktok, video tersebut turut menunjukkan kehadiran pelakon Ezzanie Jasny dan beberapa kru produksi lain.
Nelydia Senrose didakwa ‘sengaja’ pilih peluk lelaki?
Apa yang mengundang kecaman ialah tindakan Nelydia yang dilihat boleh saja memegang wanita di sebelah kanan, namun lebih memilih untuk memeluk Hariz yang berada di sebelah kirinya.
Tindakan spontan itu berlaku kerana Nelydia didakwa berasa gayat, namun netizen tetap mempertikaikan alasan tersebut.
Gayat pun boleh pegang perempuan sebelah kanan, kenapa pilih lelaki?
Hariz Hamdan tampil beri penjelasan

Sedar akan kecaman yang diterima, Hariz Hamdan tampil menjelaskan bahawa situasi itu berlaku secara spontan dan tanpa niat lain.
Saya hanya membantu kak Nely yang gayat, hubungan kami ibarat adik-beradik sahaja.
Isu lama belum padam

Sebelum ini, Nelydia turut menerima kecaman apabila ‘teaser’ drama terbarunya Seindah Hujan Cinta memaparkan babak dirinya memeluk aktor Yusuf Bahrin.
Situasi itu menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak, lebih-lebih lagi kerana babak-babak intim tersebut dianggap tidak sesuai dengan sensitiviti masyarakat.
Pssttt! Sebagai selebriti, setiap tindakan mudah jadi perhatian. Dalam dunia digital, berhati-hatilah walau sekecil perbuatan kerana mata netizen memang tajam memerhati.
Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.