Nenek 90 tahun diperkosa bergilir-gilir empat lelaki bertopeng

Nenek 90 tahun diperkosa bergilir-gilir empat lelaki bertopeng
Nenek 90 tahun diperkosa bergilir-gilir empat lelaki bertopeng

Empat lelaki bertopeng tergamak perkosa bergilir-gilir nenek berusia 90 tahun. Gambar hiasan 123rf.

BHOPAL – Polis di India giat memburu empat individu yang tergamak memperkosa seorang warga emas berusia 90 tahun.

Menurut laporan media tempatan, mangsa sedang nyenyak tidur di rumahnya di daerah Khandwa di Madhya Pradesh apabila keempat-empat pelaku bertopeng memecah masuk dan menyerangnya ketika kejadian pada awal bulan lalu.

“Wanita itu kemudiannya dirogol secara bergilir-gilir. Kesemua suspek juga merancang untuk mencampakkan mangsa ke dalam perigi dengan niat mahu membunuhnya. Namun, tindakan itu tidak diteruskan kerana orang yang lalu lalang di kawasan tersebut.

“Nenek itu hanya ditinggalkan di sebuah padang sebelum mereka melarikan diri,” menurut jurucakap pihak berkuasa.

Mangsa yang cedera ditemui penduduk kampung dan dihantar pulang ke rumahnya.

Anak perempuannya yang melihat keadaan ibunya bertindak segera membuat aduan kepada polis.

Operasi menjejaki kesemua pelaku telah dilancarkan dan ganjaran sebanyak 10,000 rupee (RM425) turut ditawarkan kepada pemberi maklumat yang membawa kepada penahanan mereka. – Agensi

 

 

Ringkasan AI

  • Polis di India sedang memburu empat individu atas kes rogol warga emas 90 tahun
  • Kejadian berlaku di rumah mangsa di Khandwa, Madhya Pradesh, apabila pelaku memecah masuk
  • Pelaku merogol mangsa secara bergilir-gilir dan berniat membunuhnya dengan mencampak ke dalam perigi
  • Mangsa ditinggalkan di sebuah padang sebelum pelaku melarikan diri
  • Operasi menjejaki pelaku dilancarkan dengan ganjaran 10,000 rupee untuk maklumat yang membawa kepada penahanan mereka
Scroll to Top