Netanyahu hidap kanser prostat

Netanyahu hidap kanser prostat
Netanyahu hidap kanser prostat

Netanyahu mendedahkan penyakit kanser prostat dihidapinya yang dirahsiakan selama dua bulan.

TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Jumaat mendedahkan penyakit kanser prostat dihidapinya yang dirahsiakan selama dua bulan.

Menerusi catatan di media sosial, pemimpin ‘ekstremis’ mendakwa sudah dirawat dengan terapi radiasi setelah tumor peringkat awal dikesan ketika pemeriksaan rutin.

“Rawatan bersasar telah menghapuskan ‘masalah’ itu,” katanya.

Netanyahu, 76, bagaimanapun tidak memperincikan tentang rawatan tersebut dan memberi alasan dia terpaksa menyembunyikan penyakit itu kononnya kerana bimbang jika musuh menyebarkan propaganda palsu terhadap Tel Aviv.

Kemunculan Netanyahu di khalayak umum pada fasa awal Perang Iran mencetuskan pelbagai spekulasi, termasuk dakwaan bahawa imej tersebut yang dilihat mempunyai beberapa kecacatan merupakan hasil janaan kecerdasan buatan (AI).

Khabar angin tersebar meluas setelah pemimpin veteran itu didakwa mengalami kecederaan atau telah meninggal dunia dalam serangan balas dilancarkan Teheran. – Agensi

 

 

Scroll to Top