Netizen dituduh ‘lalang’ sebab terima duit raya RM50 daripada View Chin

Netizen dituduh ‘lalang’ sebab terima duit raya RM50 daripada View Chin

Walaupun isu hubungan percintaan antara usahawan dan influencer, View Chin bersama seorang pekerja wanita yang dikenali sebagai Mira sudah mula kecoh sejak beberapa minggu lepas, namun ia masih menjadi topik hangat ramai di media sosial.

Malah, apa yang menarik perhatian netizen adalah View Chin dan Mira kelihatan sudah mula masuk ke pejabat untuk mulakan rutin harian seperti biasa dengan semangat baharu tanpa mengendahkan sebarang kecaman dan kritikan netizen terhadap mereka.

Bagaimanapun, baru-baru ini, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan View Chin sedang membuat siaran langsung bersama para pengikutnya, semalam.

Dalam video tersebut, difahamkan influencer itu memberi duit raya berjumlah RM50 kepada pengikut yang bertuah dengan mengikuti syarta-syarat yang ditetapkan.

@akakkopitiyamm

Netizen problem…😎#viewchin #rosak #fyp

♬ original sound – KNS Studio – KNS Studio

Pun begitu, ramai telah menganggap individu yang menerima wang ringgit tersebut sebagai ‘lalang’ kerana sebelum ini mereka telah menentang sekeras-kerasnya tindakan View Chin yang didakwa menganiaya bekas isterinya iaitu Ah Moi namun, segalanya berubah apabila mereka ditawarkan dengan wang ringgit.

Bukan itu sahaja, ada netizen sudah boleh menghidu sikap segelintir individu pada masa kini yang seperti ‘talam dua muka’ bahkan, ada netizen mendakwa tindakan View Chin memberi duit raya adalah salah satu strategi untuk memulihkan kembali perniagaannya.

Sumber: TikTok @farra afieza