Buat aksi 'wheelie', remaja lelaki direman, kekasih dibebaskan

Buat aksi 'wheelie', remaja lelaki direman, kekasih dibebaskan

am@hmetro.com.my

Kuantan: Remaja lelaki direman empat hari manakala kekasihnya dibebaskan selepas mereka ditahan polis susulan tular video melakukan aksi ‘wheelie’ di Jalan Chendor-Kuantan menghala ke Kemaman, Terengganu, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, remaja lelaki berusia 17 tahun dari Kampung Balok di sini direman bermula hari ini hingga 5 Mei ini.

“Penahanan reman dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Suspek kedua yang juga kekasihnya berusia 17 tahun bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahad lalu, tular video berdurasi 54 saat menunjukkan pasangan kekasih terbabit melakukan aksi wheelie di jalan berkenaan.

Susulan itu, remaja terbabit berjaya dikesan sebelum ditahan polis di hadapan rumah di Kampung Balok di sini, semalam.

Wan Mohd Zahari berkata, siasatan diteruskan dan polis akan mendapatkan arahan Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan.

“Kita jangka suspek akan dituduh di mahkamah pada 5 Mei ini,” ujarnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd