Netizen Petik Nama Aidil Zafuan, Anak Rita Rudaini Respon – “Siapa Tu Tak Kenal?”

Netizen Petik Nama Aidil Zafuan, Anak Rita Rudaini Respon – “Siapa Tu Tak Kenal?”

Sejak minggu lalu, anak kepada pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin menjadi perhatian susulan kejayaannya memecahkan rekod pada kejohanan olahraga MRSM Kebangsaan 2026.

Susulan itu, ramai yang kagum serta memuji Rita dalam mendidik kedua-dua anaknya meskipun bergelar ibu tunggal.

BACA: “Tiada Kaitan Dengan Bapak Dia, Aku Yang Besarkan Mereka Sampai Boleh Berlari”  

Sementara itu, dalam satu hantaran di TikTok, Airit ada memuat naik gambar memaparkan kejayaannya itu. Diruangan komen ada netizen yang mengaitkan kejayaannya itu adalah faktor didikan daripada bapanya, Aidil Zafuan.

Turut menjadi perhatian, Airit seolah memberi respon kepada hantaran berkenaan dengan mempersoalkan siapa individu yang dimaksudkan oleh pihak tersebut.

“Siapa tu tak kenal,” balasnya ringkas.

Bagaimanapun, hasil pemerhatian mendapati komen tersebut dipercayai telah dipadam oleh Airit selepas ianya menjadi perhatian.

Terdahulu, Rita meluahkan rasa tidak puas hati apabila ada individu mengitkan kejayaan anaknya dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan


Scroll to Top