Neymar cantas tempat Joao Pedro?

Neymar cantas tempat Joao Pedro?
Neymar cantas tempat Joao Pedro?

Neymar (kanan) berpotensi disenaraikan ke Piala Dunia apabila Brazil dilaporkan sanggup mengorbankan Joao Pedro. Foto: Agensi

NAMA Neymar kembali menjadi perhatian apabila dilaporkan semakin hampir disenaraikan dalam skuad Brazil ke Piala Dunia 2026.

Situasi itu dijangka membuka kontroversi apabila penyerang Chelsea, Joao Pedro berisiko tercicir daripada senarai akhir pilihan jurulatih, Carlo Ancelotti.

Sebelum ini, peluang Neymar untuk kembali bersama skuad kebangsaan dianggap tipis selepas bergelut dengan kecederaan ketika bersama Al-Hilal.

Bagaimanapun, kepulangan semula ke Santos FC nyata mengubah segalanya apabila bekas bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu kembali menyerlah dengan 17 gol dan lapan bantuan jaringan.

Laporan ESPN menyebut Neymar kini kembali berada dalam radar utama Ancelotti menjelang pengumuman skuad Isnin ini.

Jika dipilih, Joao Pedro kemungkinan menjadi nama besar yang terpaksa dikorbankan meskipun penyerang Chelsea itu menikmati musim pertama cukup cemerlang dengan 20 gol termasuk 15 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ancelotti sebelum ini mengakui Neymar masih mempunyai bakat luar biasa, namun tahap kecergasan pemain berusia 34 tahun itu terus menjadi persoalan utama.

Brazil akan memulakan kempen Piala Dunia dalam Kumpulan C menentang Maghribi sebelum berdepan Haiti dan Scotland.

Scroll to Top