Niat cari pahala bersama, lelaki sekolahkan couple solat berjemaah online

Niat cari pahala bersama, lelaki sekolahkan couple solat berjemaah online

Sejak semalam, tular di Instagram sebuah video yang memaparkan pasangan kekasih sedang membuat panggilan video sambil solat berjemaah.

Di dalam video tersebut, seorang lelaki yang memakai baju hijau sedang menunaikan solat sambil membuat panggilan video bersama kekasihnya.

Menariknya,  di dalam video tersebut terdapat seorang gadis yang memakai telekung  turut solat bersama lelaki itu.

Ini telah menyebabkan berlakunya perdebatan di kalangan netizen dalam ruangan komen aplikasi tersebut.

Video tular itu telah menarik perhatian salah seorang anggota kumpulan nasyid Zayne, Furqan Fawwan yang tampil memberikan pandangan beliau mengenai perbuatan pasangan kekasih ini.

Tegas Furqan, sekiranya perbuatan tersebut berlaku di hadapan kita atau melihat kandungan seperti video itu, ia sewajarnya diberi teguran.

Tegasnya lagi, solat merupakan perhubungan kita dengan sang Pencipta. Mereka perlu memohon keampunan dan berfikir panjang terlebih dahulu sebelum memuat naik konten sebegitu di media sosial.

Furqan berkata teguran itu bukanlah untuk memalukan atau menjatuhkan aib seseorang, sebaliknya sebagai peringatan kepada ibu bapa di luar sana untuk memantau perlakuan anak-anak mereka di media sosial.

Pemeriksaan kami di media sosial mendapati video itu sebenarnya merupakan sebuah video yang lama sebelum ianya mendapat perhatian penyanyi nasyid itu baru-baru ini.

Apa-apa pun, semoga teguran daripada Furqan ini dijadikan sebagai titik permulaan untuk kita menegur terutamanya dalam hal berkaitan dengan solat.

Sumber : Instagram @furqanfawwaz