Bukan hanya persembahan finalis, mata penonton Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang berlangsung baru-baru ini pasti tertumpu kepada penaja majlis berprestij tersebut yang dikenali sebagai Madammu.
Memetik laporan mStar Online, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abd Rashid mengakui malu apabila menerima pujian yang membandingkan sikap rendah dirinya dengan penaja ‘riuh’ seperti sebelum ini.
Masyallah humblenye madammu ni, dia boleh kate company dia kecik team xramai, tapi sampai boleh taja AJL 36 kot. Wanita hebat 😍
— Masitah Sulaiman 🇲🇾 (@mashiepreneur) March 8, 2022
“Rasa malu pula bila orang cakap saya humble. Ya saya akui ramai komen membandingkan saya dengan penaja terdahulu…
“…tapi biasalah netizen ada sahaja komen mereka, saya terima pujian yang mereka beri itu dengan hati terbuka,” katanya.
Xtahu kenapa ramai yg duk mengata NOIR as sponsor AJL
Aku tgk dlm bnyak2, NOIR adalah penaja yg paling ada class dlm konsep penajaan
X nampak beriya, x nmpak nk menjual barang sgt n just focusing on their brandingPaling WIN, bayar Dayang Nurfaizah utk nyanyi lagu jingle dorg
— 😑 (@mangosqueez) March 7, 2022
Usahawan berusia 32 tahun itu berkata, setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menjayakan pemasaran dan dia lebih selesa jika orang ramai mengenali jenama lebih daripada pengasas itu sendiri.
“Saya bukan artis atau penyanyi yang bertanding sampai perlu ke depan. Saya penaja jadi hanya duduk dan enjoy the show! Asalkan orang kenal produk saya itu sudah memadai,” ujarnya.
Selain itu, ibu kepada tiga cahaya mata itu menjelaskan, dia tidak memerlukan sebarang ‘drama’ serta tidak mahu dikenali hanya disebabkan perkara gimik dalam menjual produknya.
“Saya hormat setiap pengasas ada cara mearketing berbeza-beza, tapi ini cara jenama kami. Saya sebagai pengasas kena bawa nama ini mengikut cara kita sendiri.
“Sebenarnya usahawan lain pun okay sahaja, mereka ada cara sendiri. Kami peniaga ni pun sama macam penyanyi, kena ada kreativiti masing-masing.
“Alhamdulillah, tanpa perlu menjerit-jerit pun orang kenal jenama saya. Inilah niat saya mahu bina jenama, tak mahulah kalau saya mati nanti dengan produk pun mati sekali,” kongsi isteri kepada Azri Che Noh itu.
Terdahulu, tular video memaparkan Madammu tidak duduk di ruangan VIP sebaliknya berada di kerusi penonton bersama suami Muhammad Azri Che Noh selain menolak bagi memberikan ucapan pada malam berkenaan.
Sumber: mStar Online (Qarami Hashim) , Twitter , Instagram Madammu