Niat mahu bergurau, Iqbal mohon maaf pakai telekung & pakaian dalam wanita

Niat mahu bergurau, Iqbal mohon maaf pakai telekung & pakaian dalam wanita

Usahawan selebriti sensasi, Iqbal Zulkefli tampil membuat permohonan maaf kepada orang ramai ekoran video tular memaparkan dirinya memakai telekung dan pakaian dalaman wanita menerima kritikan netizen.

Jelas Iqbal, video tersebut diambil oleh ahli keluarga sewaktu mereka sedang bersama dan ia hanyalah sekadar gurauan semata-mata.

“Waktu keluarga saya rakam, saya langsung tidak bertujuan untuk muat naik ke media sosial.
“Gurauan ini adalah diri saya yang sebenar ketika bersama keluarga. Sejak dulu, orang sekeliling tidak kering gusi gelak jika ada,”tulisnya dalam satu hantaran Insta Story.

Tambah usahawan berusia 29 tahun, dia tiada niat mahu mempersendakan kaum wanita sebaliknya berkongsi kepada orang ramai mengenai sifatnya sebagai seorang yang mudah didekati.

“Niat saya mahu orang tahu bahawa saya bukanlah orang yang serius setiap masa, membuatkan orang segan mendekati.
“Malah saya fikir banyak filem, drama dan artis lain berjenaka begitu. Jauh sekali menghina Tidak pun saya terfikir menyerupai wanita,”jelas pelatun lagu Hujan itu.

Iqbal tampil meminta maaf ekoran video tersebut mendapat kritikan ramai selain bertindak untuk menurunkan ia dari platform media sosial.

“Apa-apapun, saya minta maaf, tetap saya perlu hormati. Tetap memilih untuk video tersebut,”tulisnya.

Sementara itu, Iqbal memberitahu dirinya sudah penat untuk menunjukkan sikapnya yang serius kepada orang lain dan disebabkan itulah dia mahu menjadi diri sendiri di media sosial.

Sumber: Instagram @ahmadiqbalzulkefli