Hampir seminggu majlis perkahwinan pelakon, Janna Nick dan pasangannya, Dini Schatzmann yang berlangsung di Langkawi telah menjadi bualan netizen.
Terbaru, Janna telah berkongsi video sewaktu mereka sedang bercuti menikmati bulan madu di Thailand bersama suami tercinta.
Namun begitu, perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana ada seekor anjing yang turut sama mengikuti mereka dalam melakukan aktiviti di air.
Kebanyakan netizen berasa kurang senang dengan situasi tersebut memandangkan anjing merupakan antara haiwan yang dikategorikan sebagai najis mughallazah.

Menjengah ke ruangan komen, ada di antara mereka mendakwa yang Janna seakan sengaja mengundang kecaman netizen memandangkan tindakan tersebut dianggap satu perkara yang sensitif terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu Islam.




Namun begitu, ada juga yang merasakan apa yang dilakukan pelakon drama Puteri Lindungan Bulan tidak salah kerana sudah tentu dia mengetahui tentang hukum hakam berkaitan haiwan tersebut.



Untuk rekod, Janna Nick atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner dan Muhamad Dini Azan Schatzmann telah selamat bergelar suami isteri apabila mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023 di Langkawi.
Pasangan tersebut telah dinikahkan sendiri oleh bapa Janna dan menerima mas kahwin sebanyak RM2,703.
Sumber: Instagram Janna Nick




