Penyanyi Datuk Nora Ariffin, seakan memberi bayangan mahu memfailkan cerai terhadap suaminya, Dr Rushdi Ramli selepas memaut naik foto dia kini sedang berada di Mahkamah Rendah Syariah, Hulu Langat.
Bagaimanapun, Nora memaklumkan, tindakan tersebut dibuat bukanlah atas kerelaan hatinya tetapi ingin menunaikan hasrat isteri pertama Rushdi iaitu, Ustazah Rose Aliza Sutrisno yang mahu kembali berpoligami.
“Saya buat permohonan ini bukan diatas kehendak hati saya kerana saya tahu berdosa tapi kerana ingin menunaikan hajat isteri pertama dari dulu lagi, iaitu Ustazah Rose Aliza Sutrisno yang mahu kembali monogami.
“Ia juga atas desakan anak iaitu orang ke3 (saya ada bukti) supaya kami berpisah. Buat ustazah, moga ramadhan kali ini, doa ustazah akan termakbul,” katanya.
Pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu bekongsi perkara terbabit menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian sama, Noa juga turut mendedahkan bukti berupa perbualan mesej Rose Aliza yang memaklumkan kepada suaminya mereka mahu bermonogami dan memintanya untuk bersedia.
“Harap Ustaz pun akan ikut saja, sebagai mana lafaz talak yang pertama dulu. (Lepas kami bersama, solat subuh, dapat panggilan, desakan dari orangg ketiga, minta ustaz ceraikan saya on the spot dan record lafaz cerai sebagai bukti).
“Allah saja yang tahu. Malah statement jujur terbaru ustaz pun diminta oleh orang terdekat untuk disunting semula. Allahuakbar, moga Allah ampuni dosa-dosa saya,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Dr Rushdi Ramli Sedih Nora Ariffin Digelar Penyondol – “Saya Sendiri Meminang Dia”
ARTIKEL BERKAITAN:Usaha Berdamai dengan Anak Tiri Gagal, Nora Ariffin Dakwa Reputasi Terjejas
ARTIKEL BERKAITAN:Dedah Bukti Dihina Oleh Anak Tiri, Nora Ariffin Buntu Suami Enggan Lepaskan – “Mungkin Kalau Saya M*ti Baru Dua Beranak Ni Puas Hati”
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Nora Ariffin Panik, Dakwa Diikut 2 Lelaki Berbadan Besar – “Dia Siap Block Belakang Kereta Saya”
ARTIKEL BERKAITAN:“Ustaz Tak Bersalah, Dia Hanya Ikut Arahan Untuk Lepaskan Saya” – Nora Ariffin